Kerjaya Seni Ed Osmera

Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). Ed Osmera mula berlakon menerusi filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong diikuti Lain Jalan Ka-Shorga (1968). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma ( 1967 ) bersama Sarimah. Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969)[2].

Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966), Keluarga 69 (1967) dan Doctor Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),

Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974)

Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).

Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974).

Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.

Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem Ribut Di Hujung Senja (1982). Menerusi filem ini beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM).

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi. Sebelum itu beliau sempat berlakon dalam 3 musim drama bersiri Cili Padi di TV3.